1)MELUKIS
KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah
kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang
padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang
padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya
untuk meningkatkan kekuatan dirinya.
2)TERSENYUM
SAAT TERTEKAN
percaya atau tidak.kalau benar-benar
seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang
sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang
sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang
selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun
sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.
3)TERTAWA
SAAT HATI SEDANG MENANGIS
bukan saja-saja dia tertawa saat
hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi
seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula
dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa
menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap
bantuan Allah tidak pernah surut.
4)TABAH
DI SAAT TERHINA
setiap yang baik itu sentiasa diuji
olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi
seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia
meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk
meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai
untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah
mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.
5)MEMPERSONAKAN
KERANA MEMAAFKAN
bukan mudah untuk kita memaafkan
kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan
kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun
bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang
pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah
yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.
6)MENGASIHI
TANPA BALASAN
kasihnya terhadap suami dan keluarganya
memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang
pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini
bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah
yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan
kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana
melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.
7)BERTAMBAH
KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI
dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal
erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang
yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana
mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan
keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada
YANG ESA.
No comments:
Post a Comment