Sunday, July 31, 2011

***TARIAN NGAJAT***

Asal usul tarian ngajat

Ngajat bagi orang-orang iban adalah tarian yang ditarikan ketika menyambut gawai sebelum berperang dan selepas musim menuai iaitu setiap1Jun.Pada masa dahulu,pemburu kepala dari suku kaum ini antara yang dikatakan paling bengis di Sarawak,diraikn dengan Gawai Dayak Kenyalang.
Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan orang Iban di Sarawak.Tarian Ngajat terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah:
  1. Ngajat Induk
  2. Ngajat Bebunoh
  3. Ngajat Lesong
  4. Ngajat Semain
  5. Ngajat Berayah
  6. Ngajat ““Ngemai antu pala
Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.
Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.
Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu.

Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.

Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.
Lagu iringan dibunyikan daripada alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.

Bagi penari lelaki atau digelar 'keling', Mereka akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung dan juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.




Manakala bagi penari wanita atau digelar sebagai 'kumang' pula,mereka memakai pakaian tradisi seperti marik empang,kain tenun,buah pauh,sugu tinggi,dan selamapai.

:::PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT IBAN DI SARAWAK:::

Pakaian tradisional lelaki Iban
Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong. Kain Sirat dikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang
dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias. Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.

Pakaian tradisonal wanita Iban
Terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan Bedong. Bidang merupakan sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya cuma separas lutut. Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus.

Pua Kumbu

Tenunan kain pua atau dikenali juga sebagai tenunan ikat adalah seni tenunan yang dihasilkan oleh wanita Iban di Sarawak. Ia adalah hasil tenunan daripada benang kapas yang ditenun menggunakan 'Kek Iban'. Pua Kumbu pula merupakan salah satu jenis kain pua yang popular di kalangan masyarakat Sarawak. Kain tenunan ini bewarna kemerah-merahan atau coklat tua. Rekacorak yang biasanya digunakan ialah anak kunci, lengkar, rombus atau batu berlian dan panjang kain pua ini lebih kurang 40 hingga 50 cm. Rekacorak ini dipercayai dari pengaruh kebudayaan Annam (Vietnam) dalam abad ke-17 sebelum Masihi.Pua kumbu ditenun oleh wanita yang sudah mahir menenun kerana pua jenis ini adalah paling rumit untuk ditenun. Bagaimanapun, motif-motif itu kerap dikaitkan dengan kepercayaan dan pantang larang mereka. Antara motif-motif yang digunakan:

1.Motif Engkeramba
Gambaran figura roh yang dikenali sebagai engkaramba ditenun dengan teknik ikat. Motif ini dipercayai berkuasa menghalang bencana atau kuasa jahat daripada menyerang tanam-tanaman dan penghuni rumah panjang. Biasanya, motif engkeramba hanya boleh ditenun oleh anak dan isteri ketua rumah panjang sahaja. Ini adalah kerana mereka benar-benar mahir menenun cara ikat.

2.Motif Fauna
Antara motif binatang yang digunakan ialah motif buaya, ular, katak, harimau dan tikus kasturi, rusa dan serangga. Motif buaya dipercayai mempunyai kuasa untuk menjaga tempat berhuma (tanaman padi). Adalah menjadi kepercayaan kaum Iban bahawa buaya adalah jelmaan saudara-mara mereka. Motif ular pula tidak ditenun dengan sewenang-wenangnya kerana binatang ini membawa petanda buruk. Kemunculan ular dikaitkan dengan kuasa jahat atau hantu. Motif katak pula ditenun dengan gaya seperti manusia. Menurut kepercayaan kaum Iban, selampai iaitu roh perempuan sering menjelma sebagai katak. Selampai dikatakan mempunyai kuasa menciptakan bayi. Motif harimau dan tikus kesturi sering dikarang dalam bentuk abstrak. Dipercayai orang yang memakai kain tenunan ini dianugerahkan keberanian. Burung pula dikatakan pembawa alamat baik. Kain yang mempunyai motif burung dipercayai boleh menyembuhkan penyakit dan mendatangkan kekayaan dalam apa pekerjaan. Motif rusa pula mendatangkan kejayaan atau tuah semasa berburu. Motif-motif serangga seperti labah-labah, kunang-kunang, kala jengking dan lipan sering dimasukkan dalam tenunan pua.


3. Motif Flora
Tumbuh-tumbuhan juga turut digunakan sebagai motif tenunan kain pua. Antara tumbuh-tumbuhan yang sering ditenun ialah rotan, pucuk paku, pucuk rebung, buah-buahan, biji benih dan bungha-bungaan.

IGAT EMPANGUP

Indai Dom enggau endu berandau ba dapur.Indai Dom keran amat ngasuh Endu jadi enggau Igat Empangup.Kebuah Indai Dom ngasuh Endu jadi enggau Empangup laban Igat Empangup mayuh reta laban iya endang peturun urang kaya raja.Indai Dom pan lalu bejaku baka tu:

Indai Dom: untung besai enti dek jadi enggau igat empangup nya endu.Taja pan endu enda nyaut jaku indai   dom tang ati endu enda nerima laki nya.Endu semina ninga jaku indai dom.Nadai ngachau enti umur iya udah tuai tang rumah iya mayuh,tanah mayuh,kerita mayuh enggau mayuh duet.Ati endu pan majak edis agi, enda liat meh endu tu tadi alu ngempas mija sampai mangkuk atas mija nyau labuh tauka tebelawing.

Endu: dik ka nemu!!!Bini simpan iya pan mayuh!!!Anang ngarap aku nerima lakinya enggai aku nemu dek!!! Iya bisi 9 iku bini,anang nambah aku nyadi bini ke 10 iya!!

Lalu badu indai dom bejaku.Endu lalu pulai ke bilik pangking iya laban ngenang ke pengeringat ati iya tadi.

"JAKU AJAR TI ULIH KITAK ARI RANDAU TU ANANG TEBUKA MATA LABAN PENGAYA TANG GUNA ATI TUCHI DIKENA NGELALA BUDI ENGGAU PERANGAI KITAI MENSIA...."

"jangan menilai seseorang berdasarkan harta..nilai la seseorang kerana hati budinya"

TELADAN

pada 1 hari d sekolah, sowang murid btanya pd gurunya yg sdg mgajar mgenai ksh syg..

pelajar:cikgu,mcm ne kte nak plh sorang yg tbek sbg owg yg plng kt syg?mcm ne jg ksh syg itu nak bkekalan?

cikgu:ok,awk ikot pe yg sy suruh..awk p pdg..jln d'ats rmptt smbl mmdang rmpt ddpn dan plh yg rmpt paling CANTIK..TANPA MENOLEH KE BELAKANG LAGI WALAU SEKALI..petik rmpt yg paling cntk dan bw ke kls..

apbila pelajar tsbt pulang ke kelas..x de pun rmpt dtangannya..cikgu btnya..knp xde rmput yg dpilih?

pelajar:"td masa sy bjalan, sy carilah rmpt yg plng cntk, tp cikgu kta petik yg plng cntk..maka smbil mcr yg plng cntk,mmg ada d'antara yg dbelakang sy td rmpt yg plng cntk tp dah cikgu kt x bole toleh ke belakang lg..jd xde la rmput yg bole sy petik"

cikgu:ya..itula jwpnya,mknanya,apabila kt tlh bjmpa dgn sowg yg kt syg..jgnla kt mcari lgyg lbh bek dr itu..kt ptt hargai org yg b'ada ddpn kt sbek2nya..krn yg blaku ttp dah blaku...semga yg dah blaku x kan b'ulg lg..dan ingtla owg yg plng kt syg itula owg yg plng cntk dan plng bek spt rumput..

A True Frendzzzz....

A true friend never walk away
A true friend will stay over there
A true friend look out of you
A true friend will guard your secrets
Like a precious gift
A true friends is there for you
To give you a helpful lift
A true friend tries to make you smile
Tries to replace frown
They may not always succeed
But they rarely make you down
There arms for you are open
This heart for you does care
And when i think you need me
I'll try to always be there
I'll listen to your fear
I promise not to laugh
Comfort your falling fears
I'll make this friendship last
I'll keep you near to my heart
I'll hold you  dear
Even when we're miles apart
Even when you're here
I hope i'm to you
Everything you are to me
For the friendship we here is a special one indeed

***MENAGISLAH***

menangislah…
terkadang manusia terlalu sombong untuk menangis
lalu untuk apa air mata telah dicipta
bukan hanya bahagia yang ada di dunia
menangislah…
di bahuku kau berikan ku kepercayaan
bahawa laramu adalah haru biruku
kerana ku adalah sahabatmu

"""TIPS NAK BAGI KANTOI BERBOHONG"""

  1. Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

2. Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

3. Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda – tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki / wanita anda dan si dia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

4. Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

5. Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

6.Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Friday, July 29, 2011

Tahajjud Cinta

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
Ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

**R.E.N.U.N.G.K.A.N**

suatu hari, seorang anak murid bertanya kepada gurunya..
"cikgu , apa itu matang? tahap macam mana baru saya ni boleh digelar matang dan apa sebenar tujuan hidup kita ni?"
"sebelum itu, cikgu nak tanya awak dulu ye, bagi awak matang tu macam mana dan apa yang awak rasa tentang kehidupan dunia ni?" si cikgu menyoal kembali pula anak muridnya..

"ermm.. bagi saya kan cikgu, matang tu bila kita sudah baligh la cikgu kan. Kita dah boleh kenal yang mana baik dan yang mana buruk. Kita dah boleh membuat keputusan sendiri, kita sudah bebas dari kongkongan ibu bapa dan time tu saya rasa saya sudah besar, segala apa yang saya lihat saya mampu tafsirnya dengan akal ni tapi entahlah cikgu, kadang- kadang saya rasa walaupun saya sudah matang, saya sudah mampu kenal yang mana baik dan yang mana buruk, yang mana dosa dan yang mana pahala tapi saya tetap melakukan dosa walaupun saya sedar ia suatu dosa. seolah-olah tiada apa bagi saya.. kadang-kadang saya rasa hidup ini complicated sangat cikgu, adakah sebab saya sebenarnya belum matang cikgu?..saya rasa saya tiada tujuan.. hidup saya bila gelak saya gelak bila menangis saya menangis macam dunia ni "gitu-gitu" je.. terkadang tu.. saya sedih la cikgu dengan diri saya.. saya bagai layang-layang terputus talinya. apabila di atas, ditiup ke kanan geraklah saya ke kanan, apabila ditiup ke kiri geraklah saya ke kiri pastu lama kelamaan jatuh, jatuh dan tersungkur....." si murid tertunduk seolah ada kekesalan terbit dihatinya..

"muridku, jika awak ingin mengetahui apa itu matang, awak pergi ke masjid, solatlah di masjid pada setiap waktu. Awak akan lihat majoriti yang hadir ke masjid adalah golongan yang hanya tinggal membilang hari sahaja untuk meninggalkan dunia ini. Kenapa begitu? sebabnya di umur tua barulah mereka sedar bahawa hidup ini bukan hanya untuk sukaria, bukan untuk kerja semata-mata, bukan untuk mengumpul harta tetapi hidup di dunia ini ialah jalan untuk menuju ke syurga yang abadi. Waktu kita muda ini, kita tahu mengenai itu tetapi kita selalunya tidak menyedari kepentingannya kerna kita khayal dengan kehidupan dunia. Kita buat-buat lupa mengenainya, kita asyik dengan gurau senda dunia. Ketika kita senang, dengan enteng kita meninggalkanNya. Namun, bila disepak terajang oleh dunia baru  kita meraung menyeru namaNya, baru kita sedar Allah itu ada, baru kita sedar menyerahkan diri untuk beribadat kepadanya itu perlu dan baru kita sedar mengumpul sebanyak amal yang mungkin itu juga perlu untuk mendapat keredhaanNya. Jika dunia ini awak kejar dengan nafsu dan kerana nafsu juga awak meninggalkan kehidupan akhirat, sesungguhnya apa yang bakal awak dapat hanyalah racun yang diselaputi keindahan yang bakal meracuni diri awak sendiri yang bakal menjauhkan awak dari redhaNya..

Muridku, seharusnya kita bersyukur. Allah menganugerahkan nikmat yang begitu besar nilainya berbanding segala permata dan mutiara di dunia ini iaitu nikmat Iman dan Islam. bukan semua hamba Allah di atas muka buminya ini yang dapat kecapi nikmat Iman dan Islam ini. Melalui Islam lah kita tahu tujuan hidup kita. Dimana Islam mengajar kita bagaimana untuk memanipulasikan kehidupan dunia ini untuk mendapat rahmat dan keredhaan Allah seterusnya menjejak ke Syurga Allah yang Maha Indah. Hidup di dunia tidak lain seperti seorang pengembara yang pergi ke suatu tujuan lalu berhenti sebentar di bawah pohon untuk beristirahat. Tentu ia tidak selamanya berhenti, pasti ia akan meneruskan perjalanannya untuk mencapai tujuan yang di inginkannya.

Begitulah halnya hidup di dunia, hanya sebatas tempat peristirahatan ruh untuk memulihkan daya ingatannya kepada Tuhannya. Dan ia jaga dirinya di dalam peristirahatan itu agar ia tidak tertidur atau terlena, kerana kalau  ia tertidur maka ia akan hanyut di dalam bayangan–bayangan mimpi yang semakin membuatnya terlupa kepada tujuan yang sebenarnya. Bayangan–bayangan mimpi itu adalah segala keadaan yang ada di dalam kehidupan dunia ini, yang dinyatakan Allah dalam firman Nya sebagai permainan dan senda gurau.
“Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu”. (QS, Al – Hadiid : 20)
Di ayat yang lain Allah pun menegaskan : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui”. (QS, Al – ‘Ankabuut : 64)
Karena itu sudah sepantasnyalah kita bangunkan diri kita dari kelalaian yang mungkin selama ini kita terlena di dalam kehidupan dunia sehingga membuat kita lupa kepada tujuan hidup yang sebenarnya iaitu Keredhaan Allah SWT.
muridku, sama-samalah kita merenungi diri kita ini..insan yang awak panggil cikgu ini juga tidak sempurna. Insan ini juga tercela dengan dosa. Semoga Allah sentiasa melimpahkan hidayah dan rahmatNya kepada kita semua.. wallahualam.. semoga Allah redha"

"S|E|D|E|T|I|K"

Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal..