suatu hari, seorang anak murid bertanya kepada gurunya..
"cikgu , apa itu matang? tahap macam mana baru saya ni boleh digelar matang dan apa sebenar tujuan hidup kita ni?"
"sebelum itu, cikgu nak tanya awak dulu ye, bagi awak matang tu macam mana dan apa yang awak rasa tentang kehidupan dunia ni?" si cikgu menyoal kembali pula anak muridnya..
"ermm.. bagi saya kan cikgu, matang tu bila kita sudah baligh la cikgu kan. Kita dah boleh kenal yang mana baik dan yang mana buruk. Kita dah boleh membuat keputusan sendiri, kita sudah bebas dari kongkongan ibu bapa dan time tu saya rasa saya sudah besar, segala apa yang saya lihat saya mampu tafsirnya dengan akal ni tapi entahlah cikgu, kadang- kadang saya rasa walaupun saya sudah matang, saya sudah mampu kenal yang mana baik dan yang mana buruk, yang mana dosa dan yang mana pahala tapi saya tetap melakukan dosa walaupun saya sedar ia suatu dosa. seolah-olah tiada apa bagi saya.. kadang-kadang saya rasa hidup ini complicated sangat cikgu, adakah sebab saya sebenarnya belum matang cikgu?..saya rasa saya tiada tujuan.. hidup saya bila gelak saya gelak bila menangis saya menangis macam dunia ni "gitu-gitu" je.. terkadang tu.. saya sedih la cikgu dengan diri saya.. saya bagai layang-layang terputus talinya. apabila di atas, ditiup ke kanan geraklah saya ke kanan, apabila ditiup ke kiri geraklah saya ke kiri pastu lama kelamaan jatuh, jatuh dan tersungkur....." si murid tertunduk seolah ada kekesalan terbit dihatinya..
"muridku, jika awak ingin mengetahui apa itu matang, awak pergi ke masjid, solatlah di masjid pada setiap waktu. Awak akan lihat majoriti yang hadir ke masjid adalah golongan yang hanya tinggal membilang hari sahaja untuk meninggalkan dunia ini. Kenapa begitu? sebabnya di umur tua barulah mereka sedar bahawa hidup ini bukan hanya untuk sukaria, bukan untuk kerja semata-mata, bukan untuk mengumpul harta tetapi hidup di dunia ini ialah jalan untuk menuju ke syurga yang abadi. Waktu kita muda ini, kita tahu mengenai itu tetapi kita selalunya tidak menyedari kepentingannya kerna kita khayal dengan kehidupan dunia. Kita buat-buat lupa mengenainya, kita asyik dengan gurau senda dunia. Ketika kita senang, dengan enteng kita meninggalkanNya. Namun, bila disepak terajang oleh dunia baru kita meraung menyeru namaNya, baru kita sedar Allah itu ada, baru kita sedar menyerahkan diri untuk beribadat kepadanya itu perlu dan baru kita sedar mengumpul sebanyak amal yang mungkin itu juga perlu untuk mendapat keredhaanNya. Jika dunia ini awak kejar dengan nafsu dan kerana nafsu juga awak meninggalkan kehidupan akhirat, sesungguhnya apa yang bakal awak dapat hanyalah racun yang diselaputi keindahan yang bakal meracuni diri awak sendiri yang bakal menjauhkan awak dari redhaNya..
Muridku, seharusnya kita bersyukur. Allah menganugerahkan nikmat yang begitu besar nilainya berbanding segala permata dan mutiara di dunia ini iaitu nikmat Iman dan Islam. bukan semua hamba Allah di atas muka buminya ini yang dapat kecapi nikmat Iman dan Islam ini. Melalui Islam lah kita tahu tujuan hidup kita. Dimana Islam mengajar kita bagaimana untuk memanipulasikan kehidupan dunia ini untuk mendapat rahmat dan keredhaan Allah seterusnya menjejak ke Syurga Allah yang Maha Indah. Hidup di dunia tidak lain seperti seorang pengembara yang pergi ke suatu tujuan lalu berhenti sebentar di bawah pohon untuk beristirahat. Tentu ia tidak selamanya berhenti, pasti ia akan meneruskan perjalanannya untuk mencapai tujuan yang di inginkannya.
Begitulah halnya hidup di dunia, hanya sebatas tempat peristirahatan ruh untuk memulihkan daya ingatannya kepada Tuhannya. Dan ia jaga dirinya di dalam peristirahatan itu agar ia tidak tertidur atau terlena, kerana kalau ia tertidur maka ia akan hanyut di dalam bayangan–bayangan mimpi yang semakin membuatnya terlupa kepada tujuan yang sebenarnya. Bayangan–bayangan mimpi itu adalah segala keadaan yang ada di dalam kehidupan dunia ini, yang dinyatakan Allah dalam firman Nya sebagai permainan dan senda gurau.
“Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu”. (QS, Al – Hadiid : 20)
Di ayat yang lain Allah pun menegaskan : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui”. (QS, Al – ‘Ankabuut : 64)
Karena itu sudah sepantasnyalah kita bangunkan diri kita dari kelalaian yang mungkin selama ini kita terlena di dalam kehidupan dunia sehingga membuat kita lupa kepada tujuan hidup yang sebenarnya iaitu Keredhaan Allah SWT.
muridku, sama-samalah kita merenungi diri kita ini..insan yang awak panggil cikgu ini juga tidak sempurna. Insan ini juga tercela dengan dosa. Semoga Allah sentiasa melimpahkan hidayah dan rahmatNya kepada kita semua.. wallahualam.. semoga Allah redha"
No comments:
Post a Comment